Bitcoin (BTC) ‘Sendu’ Pada Awal Tahun Baru, Beberapa Altcoins Juga Mengecewakan!

497

Awal tahun baru 2022 menyaksikan pergerakan raja kripto, Bitcoin (BTC) yang agak sederhana.

Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $47,126.13, susut 0.62% dalam 24 jam.

Bagaimanapun, prestasi BTC untuk seminggu lebih mendukacita dengan penyusutan hampir 10% dari paras tertinggi harian $52,047.77 pada 27 Disember 2021.

Sementara itu untuk tempoh tiga hari pertama 2022, BTC telah susut lebih 2% dari paras tertinggi harian, $47,976 yang direkod pada 1 Januari.

Keadaan Bitcoin yang tidak mengujakan ini turut memberi impak kepada beberapa altcoins, misalnya:

  • Solana (SOL): susut lebih 2%, didagangkan pada $173.98
  • Avalanche (AVAX): susut lebih 2%, didagangkan pada $112.65
  • Terra (LUNA): susut lebih 1%, didagangkan pada $90.13
  • Cardano (ADA): susut lebih 0.1%, didagangkan pada $1.35
  • Polygon (MATIC): susut lebih 1%, didagangkan pada $2.51

Sementara itu, Ethereum (ETH) mencatatkan peningkatan harga lebih 1% didagangkan pada $3,796.13, diikuti dengan XRP meningkat 0.75%, didagangkan pada $0.85.

Berdasarkan prestasi Bitcoin pada hari ini, mungkinkah harganya akan meningkat sehingga $220,000 pada 2022 seperti yang diramal podcaster Max Keiser?

Bagaimana pula dengan ramalan anda berkaitan prestasi Bitcoin pada tahun ini?

Apa-apa pun selamat tahun baru 2022. Mulakan tahun baru ini dengan azam pelaburan kripto yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat