Bitcoin Dah Tembus $52K, Modal Pasaran Cecah $1 Trilion!

392

“Fulamak naik tinggi gila kot, adakah momentum kenaikan harga BTC akan kuat lagi?”

Seluruh pasaran mata wang kripto pada awal pagi ini dikejutkan lagi berita mengenai harga Bitcoin (BTC) yang akhirnya berjaya menembusi pula $52,000 sehingga menyebabkan modal pasaran mencecah lebih $1 trilion.

Kesan peningkatan sentimen pelabur yang positif telah didorong oleh kenaikan pasaran kripto berterusan ditambah pula terdapat kelulusan spot BTC ETF di Amerika Syarikat (AS) yang paling dinanti-nantikan.

Bukan itu sahaja, individu dan institusi yang semakin melabur dalam BTC juga adalah salah satu punca harga aset digital tersebut semakin mencanak tinggi.

Terdahulu, BTC juga pernah memperoleh modal pasaran $1 trilion pada November 2021 semasa bull run yang akhirnya melonjakkan harganya ke paras tertinggi buat seketika sebanyak $69,000, di mana pada masa itu modal pasaran adalah sebanyak $3 trilion.

Jadi di sini dapat dilihat acara halving BTC yang akan datang dijangka memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi harga BTC dan menurut analisis Grayscale, BTC ETF boleh mengubah nisbah permintaan bekalan kripto.

Analisis Grayscale mendedahkan kadar mining semasa adalah 6.25 BTC setiap blok berjumlah $14 bilion, oleh itu tekanan belian bernilai $14 bilion diperlukan dalam tempoh yang sama untuk mengekalkan harga semasa.

Umum mengetahui acara halving nanti akan mengurangkan ganjaran mining separuh pada 3.125 BTC yang memerlukan BTC mengekalkan nilai pasaran tinggi untuk menjadikan mining model perniagaan berdaya maju.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 5.20% pada paras $52,042 dalam tempoh 24 jam lalu dengan volum dagangan $41 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 16.95% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat