Bitcoin dan Ethereum Mula Menunjukkan Pemulihan, Adakah Ini Satu Perangkap?

1,754

Pasaran kripto sejak petang tadi telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan bagi segelintir penganalisis, kerana mata wang kripto utama telah pulih daripada tahap sokongan kritikal. Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) telah mula melonjak setelah sentuh paras $20k dan $1k menjelang mesyuarat the Fed.

Harus dimaklumi, pasaran saham niaga hadapan A.S juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1% dan bon kerajaan didagangkan stabil menjelang keputusan kadar faedah oleh the Fed pada tengah malam nanti.

Dalam beberapa jam yang lalu, pasaran kripto telah trend kebangkitan dengan mata wang kripto teratas melantun semula daripada tahap sokongan kritikal. Harga Bitcoin (BTC) kini didagangkan pada $21,397.92, naik 5% dalam beberapa jam. Manakala, Ethereum (ETH) telah melonjak hampir 10%, dengan harga semasa didagangkan pada $1,134.13 seunit. Kedua-dua mata wang kripto teratas telah pulih daripada tahap sokongan kritikal mereka masing-masing pada $20,000 dan $1000.

Mata wang kripto utama lain termasuk BNB, XRP, Cardano (ADA), Solana (SOL), Dogecoin (DOGE), Shiba Inu (SHIB), dan Avalanche (AVAX) juga didagangkan lebih tinggi. Malah, Tron (TRX) mendahului kenaikan dengan pergerakan menaik lebih daripada 5% dalam sejam terakhir. Ini adalah kerana pemindahan token TRX bernilai jutaan dolar daripada Binance oleh Tron DAO Reserve.

Pemulihan juga dilihat mata wang kripto jenis DeFi seperti Compound, Maker, Aave, UniSwap, dan Chainlink yang melonjak hampir 5%.

Menurut penganalisis kripto Rekt Capital, harga Bitcoin cenderung menurun sejurus selepas jualan berterusan dan trend pemulihan dapat dilihat dari semasa ke semasa bergantung kepada sentimen.

Pelabur kini sedang menunggu keputusan kenaikan kadar faedah teh Fed. Penentuan kadar dijangka akan memberi pengaruh kepada pasaran. Walaupun terdapat sedikit pemulihan dalam Bitcoin dan Ethereum, harganya masih turun 5% dan 6% turun dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kenaikan ini didorong oleh kerana kelompok ‘Whales’ membeli BTC pada harga diskaun, walaubagaimanapun pelabur sebaiknya menunggu indikasi yang jelas mengenai arah aliran menaik ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat