Bitcoin Diperdagangkan Di Pasaran Hadapan CME, Harga Bitcoin Mencecah $20,000

178

Pasaran hadapan bitcoin telah mula diperdagangkan di bursa pasaran hadapan CME Group Inc pada 17 Disember, seminggu setelah CBOE Global Markets. CBOE telah melancarkan perdagangan pasaran hadapan yang serupa pada 11 Disember selepas mendapat kebenaran daripada Commodity Futures Trading Commission.

Kontrak tersebut diperdagangkan pada $19,290 di CME yang merupakan pemain pasaran yang lebih besar daripada CBOE. Berdasarkan data yang dikeluarkan, CME mencatat jumlah volume 55x lebih besar dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2017.

Hari pertama di CME, bitcoin bagi kontrak bulan Januari diperdagangkan pada US$ 19.500 setelah dibuka pada harga US$ 20.650. .Tempoh kontrak CME  akan tamat pada 26 Januari 2018.  Jumlah dagangan/volume ialah sebanyak 221 kontrak bagi jam yang pertama berbanding CBOE yang mencatat 570 kotrak. Namun setiap kontrak CBOE hanya mewakili 1 bitcoin, manakala CME mewakili 5 bitcoin. Harga di CBOE juga berbeza kerana didasarkan dari harga bitcoin di satu bursa, manakala CME didasarkan pada empat bursa.

Bagi mengelakkan lonjakan harga yang tidak masuk akal, CME telah meletakkan paras harga tertentu jika berlaku kenaikan.

Menurut sumber Bloomberg, pasaran hadapan bitcoin di CME bukanlah yang pertama, ia mungkin menarik pemain pasaran lain untuk turut serta.

Berdasarkan sumber lain, Nasdaq dan Cantor Fitzgerald juga sedang mempertimbangkan untuk memiliki pasaran hadapan bitcoin sendiri.

Pada minggu lepas, semasa pelancaran pasaran hadapan CBOE, harga bitcoin menghampiri paras harga $15,000. Pada hari ini, harga bitcoin berada pada pengalami $18,960.70, mengalami 2.08% penyusutan daripada kenaikan ke paras $20,000 pada jam 12.30 petang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat