Bitcoin Diramal Cecah $250,000 Pada Julai Ini

2,392

Timbul ramalan harga Bitcoin (BTC) akan mencecah $250,000 pada Julai ini, disusuli dengan bullish beberapa altcoin.

Ramalan yang didedahkan oleh penganalisis pasaran dan pelabur kripto, Kaleo memberitahu pengikutnya di Twitter pada minggu lepas mengenai lonjakan Bitcoin masih di fasa awal.

Berdasarkan carta yang dikemukakan oleh Kaleo sendiri – @CryptoKaleo, matawang Satoshi Nakamoto itu sedang bergerak positif sebelum mencapai paras ketinggian $250,000 dalam lima bulan lagi.

Pada masa yang sama, individu itu turut yakin dengan Litecoin (LTC) walaupun kebanyakan pasaran masih lagi memandang rendah terhadap potensi altcoin ini.  Cuma, LTC memerlukan masa sebelum berlaku lonjakan harga susulan daripada pergerakan terdahulu berbanding bitcoin.

Manakala Kaleo menyifatkan LINK dan ALGO sedang ‘warm-up’ sebelum melonjak ke paras tertinggi.

Misalnya, Algorand dijangka akan melonjak lebih 200% kepada $6.00 dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $49,107, meningkat lebih 3% dalam 24 jam. Disusuli dengan LTC yang kini mencatatkan harga $213 dengan peningkatan 5.2%, LINK pula didagangkan pada $32.8 dan ALGO bernilai $1.40, meningkat 0.31%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat