Bitcoin Diramal Melonjak Semula? Ini Ulasan Pakar

1,662

‘Ramai jangka lambat lagi untuk kripto meledak semula, sementara itu bersabar lah ye para pelabur.’

Peminat dan pelabur coin kripto perlu menanti lama untuk Bitcoin (BTC) kembali melantun semula ke arah keuntungan berdasarkan hujah beberapa pakar teknikal.

Buat masa ini BTC terus mengalami aliran penurunan dan mendatar di bawah purata pergerakan 200 minggu pada sekitar $22,600 dan purata pergerakan 200 hari di paras $35,500.

Rentetan itu, Valkyrie Investment menyatakan terdapat kemungkinan berlaku lonjakan semula namun waktunya masih tidak diketahui.

Terang Josh Olszewicz, terdapat satu situasi dalam catatan sejarah di mana ia mendatar pada sekitar 200 minggu selama 3 ke 6 bulan sebelum harga menembusi ke atas.

Melihat kepada situasi sebenar, BTC pernah mengalami situasi itu antara akhir 2018 dan awal 2019 selama hampir 3 bulan.

Olszewicz menambah dalam senario buruk, pelabur mungkin perlu menanti selama hampir setahun sebelum berlaku penembusan harga semula.

Sementara itu, beberapa petunjuk teknikal lain menandakan pelbagai tahap potensi sokongan bagi BTC iaitu antara paras $20,000 hingga $12,000.

Ketua Analisisi Teknikal ADM Investor Services International, Eddie Tofpik, merasakan terdapat kemungkinan BTC berada dalam mod 4 langkah turun dan 1 langkah naik buat masa ini.

Selain itu, perunding FX Adamis Principle, Patrick Reid, pula berkata BTC menuju ke arah sokongan sederhana antara $19,500 dan $20,000 berdasarkan anjakan Fibonacci.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat