Bitcoin Gold (BTG) Berjuang Pamer Lonjakan Melawan Arus Lautan Merah!

408

Beberapa matawang kripto telah melonjak pada hujung minggu ini, dengan harga Bitcoin yang menghasilkan keuntungan yang ketara lebih daripada $40,000.

Bitcoin Gold yang merupakan salah satu hard fork Bitcoin telah menunjukkan peluang yang sangat baik untuk pelabur BTG.

Sewaktu artikel analisa BTG dikeluarkan pada hujung bulan Julai, BTG didagangkan pada harga sekitar $38.

Namun secara konsistennya BTG telah menghasilkan lebih 60% lonjakan mencatatkan paras tertinggi sekitar harga $59.3 dalam beberapa jam yang lalu.

Walaupun sesi dagangan hari ini menyaksikan penyusutan, BTG kekal berjuang untuk perolehi kenaikan yang positif.

Menarik jika dilihat pada carta pergerakan semasa harga BTG/USDT.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih mengekalkan trend bullish dan telah melepasi ruangan zon resistance sekitar $59 yang telah dinantikan oleh para pelabur.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend tersebut, zon resistance sekitar $66 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika BTG kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $52 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Ketika penulisan, BTG/USDT didagangkan pada harga sekitar $59 melonjak lebih 14% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-76 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto BTG/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat