Padu Gila! Bitcoin Gold (BTG) Bersedia Untuk Melangkah Jauh!

1,003

Bitcoin Gold merupakan salah satu hard fork Bitcoin (BTC), berperanan sebagai alternatif mesra pengguna kepada Bitcoin, bertujuan untuk menggabungkan keselamatan dan kekukuhan blockchain Bitcoin.

Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Hang Yin.

BTG meningkatkan dan memperluaskan ruang kripto dengan blockchain yang serasi dengan Bitcoin tetapi tanpa menggunakan sumber, seperti kuasa hash Bitcoin.

Menariknya, BTG mempunyai sifat kombinasi unik yang wujud dalam blockchain Bitcoin asal dan salah satu hard fork pertama matawang kripto asal yang telah menarik perhatian pelabur institusi dan perusahaan.

Sebagai hard fork token Bitcoin asal, BTG bertujuan merevolusikan proses perlombongan dengan memperkenalkan algoritma proof-of-work terbaru yang memerangi isu-isu skalabiliti Bitcoin.

Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga BTG/USDT.

Selepas BTG tersenarai dari Binance pada 16 April 2021, BTG telah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) diparas harga sekitar $169 dalam rekod pasaran.

Namun, pergerakan harga tidak mampu mengekalkan konsisten sehingga menyusut ke paras sokongan sekitar $30 akibat impak daripada ‘market crash’ yang berlaku dalam pasaran.

Bagi sudut teknikal, pergerakan harga dilihat sedang memberi tanda untuk mencorakkan trend bullish dan telah melepasi ruangan RBS (resistance become support) sekitar $38.

Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan trend tersebut, zon SBR (support become resistance) sekitar $43 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika BTG kembali menunjukkan trend bearish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon SBR $38 tersebut sebelum membuat penurunan yang lebih yang pernah dicatatkan sebelum ini atau ianya hanya sekadar retracement.

Ketika penulisan, BTG/USDT didagangkan pada harga sekitar $38 dengan nilai pasaran lebih $600 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di tangga ke-84 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto BTG/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat