Harga Bitcoin mencapai paras tertinggi sepanjang masa iaitu $76,444 pada lewat dagangan hari Rabu, meneruskan lonjakan harga sebelumnya pada hari yang sama.
Pergerakan ini berlaku berikutan keputusan pilihan raya presiden AS yang diterima sepanjang hari, dan Donald Trump diumumkan sebagai pemenang.
“Amerika telah memilih Kongres paling pro-kripto dalam sejarah,” kenyataan daripada bursa terbesar di A.S, Coinbase, dalam hantaran di X pada 6 November.
Kenaikan besar harga Bitcoin ini menyaksikan aset tersebut mendapat keuntungan kukuh sebanyak 20% dalam sebulan yang lalu dan meningkatkan keuntungan tahunannya kepada 78%. Aset ini sedikit merosot pada sesi dagangan pagi Khamis di Asia, susut ke paras $74,922 pada masa penulisan.
Penganalisis dan pengulas industri kripto meraikan kemenangan Trump, dengan ‘The Bitcoin Therapist’ memberitahu 140,000 pengikutnya di X bahawa “Trump akan menghantar Bitcoin ke paras harga $250K.”
Selain itu, Bitcoin telah melepasi syarikat induk Facebook, Meta, dari segi modal pasaran, yang kini bernilai $1.48 trilion berbanding Meta yang bernilai $1.44 trilion, menurut CompaniesMarketCap.
Tambahan lagi, perbincangan mengenai rizab strategik Bitcoin untuk Amerika Syarikat kembali muncul, menambah momentum kepada lonjakan ini.
Terdapat juga lonjakan dalam minat institusi, kerana ETF Bitcoin spot menyaksikan aliran masuk yang besar pada hari Rabu, membalikkan trend aliran keluar selama tiga hari perdagangan sebelumnya.
Penganalisis ETF Bloomberg, Eric Balchunas, mengulas bahawa ETF BlackRock IBIT mencatat hari perdagangan terbesar dalam sejarahnya dengan dagangan sebanyak $4.1 bilion. “Sebagai perbandingan, jumlah dagangan ini lebih besar daripada saham seperti Berkshire, Netflix, atau Visa pada hari ini,” tambahnya.
Bitcoin bukan satu-satunya aset kripto yang sedang meningkat; Ethereum juga akhirnya bangkit dari tempoh pasifnya. Harga ETH melonjak 10% pada hari itu, mencecah $2,872 pada sesi dagangan pagi Khamis. Ini merupakan paras tertinggi yang Ethereum capai sejak awal Ogos ketika aset tersebut jatuh di bawah $3,000.
Ekosistem Ethereum dan aset dasarnya telah terjejas dengan FUD dan maklumat salah selama beberapa bulan yang lalu apabila harga ETH gagal bergerak bersama pasaran.
Namun, kini ia nampaknya telah adanya kebangkitan, dengan penganalisis mengubah pandangan mereka.