Bitcoin Tembus $19,000 Lepas Reaksi Data CPI! Sasaran Seterusnya Pada $20,000?

200

“Hip hip hooray, mesti pelabur lagi suka kalau BTC naik lagi ni.”

Selepas pengeluaran data Indeks Harga Pengguna (CPI) semalam, ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya menyaksikan penembusan harga $19,000 termasuk pasaran kripto pula turut melihat momentum positif.

Data CPI pada bulan Disember dilaporkan adalah sebanyak 6.5% untuk bacaan tahunan berbanding November menunjukkan semakin menurun sedikit dari paras 7.10%.

Menerusi pemerhatian, harga BTC mencanak lebih 4.61% dalam tempoh 24 jam lalu namun kini susut sedikit sekitar 0.31% berlegar pada paras $18,777.

Sementara mata wang kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula bertindak sebaliknya apabila gelincir hampir 0.6% selepas pengeluaran data CPI tersebut, bilamana pasaran saham dilaporkan meningkat sebanyak 1.76%.

Diperjelaskan bahawa CPI sebanyak 6.5% adalah terendah dalam tempoh 6 bulan selepas penurunan berturut-turut dan keputusan positif tersebut dapat memberi manfaat kepada para pedagang termasuk pasaran kripto yang selama ini menghadapi kejatuhan drastik.

Suka dimaklumkan juga pelabur berupaya melabur dalam aset digital berikutan penurunan inflasi dapat membolehkan mereka mengeluarkan perbelanjaan lebih rendah untuk kos sara hidup.

Secara konteks, CPI adalah bertujuan untuk mengukur perubahan harga dalam sesuatu tempoh dan Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menentukan kenaikan kadar faedah melalui data indeks itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat