Bitcoin Tunggu Masa Untuk Pecah Rekod $20,000!

448

Bitcoin (BTC) didagangkan sekitar paras $19,400 lebih tinggi di atas paras terendah minggu lalu, di mana harga telah merekodkan penutupan mingguan tertinggi.

Sejak beberapa minggu lalu, pelabur menyaksikan aset itu didagangkan pada julat harga sekitar $18,500 dan $19,500 ketika pasaran tidak menentu.

Kebanyakan menjangkakan penyusutan mendadak manakala penganalisis lebih yakin dengan lonjakan Bitcoin ke paras yang lebih tinggi.

Dakwaan itu bersandarkan pada fenomena Elliot Wave yang sedang berlaku pada BTC, berpotensi membawa harga aset Satoshi Nakamoto mencecah $20,000 dan selanjutnya.

Untuk pengetahuan, Elliot Wave merupakan satu bentuk analisis teknikal, menggambarkan pergerakan pasaran yang dijangka ekoran daripada psikologi pelabur dan trend lain.

Dijangka harga BTC akan melebihi tahap rintangan $20,000 bermula beberapa minggu akan datang.

Seperti yang dinyatakan oleh penganalisis aset kripto, Philip Swift, Bitcoin selama empat tahun lalu kerap mengalami perubahan arah pergerakan harga pada pertengahan Disember, sekitar 15 dan 18 Disember.

“Mungkin tiada apa akan berlaku pada tahun ini atau pembetulan harga yang normal ketika pertengahan Disember sebelum pergerakan parabolik bullish yang baru.”

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada harga $19,260, sedikit susut 0.59% dari rekod tertinggi, $19,449.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat