Satoshi Nakamoto Dikesan Berada Di London?

1,416

Menerusi misi penjejakan pengasas kripto Bitcoin (BTC), Satoshi Nakamoto dikatakan tinggal di London sementara menguruskan matawang kripto pertama dunia.

Ye ke?

Dalam satu pendedahan, seorang pelabur misteri dikenali ‘Satoshi’ di forum Bitcointalk telah memuatnaik sebanyak 539 postings.

Turut didapati sebanyak 169 penggunaan SourceForge, metadata dari pelbagai versi Bitcoin, maklumat blok genesis termasuk rekod yang disimpan oleh Wayback Machine, perkhidmatan untuk melihat versi laman web yang diarkibkan.

Menariknya lagi, Nakamoto didapati telah aktif menerusi 742 aktiviti dalam 206 hari bagi tempoh di antara 31 Oktober 2008 sehingga 13 Disember 2010.

Menggunakan data yang terkumpul, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) Timur, AS Pasifik, Jepun dan Australia muncul sebagai lokasi yang berpotensi sebagai kediaman Nakamoto berdasarkan waktu aktif.

Bagaimanapun Jepun dan Australia serta-merta tersingkir berdasarkan petunjuk zon masa yang jauh berbeza dari bukti terkumpul dan tiga negara awal memerlukan siasatan lanjut.

Dakwaan ini dikukuhkan lagi dengan mesej Nakamoto dalam blok genesis Bitcoin: “Canselor bakal umum rangsangan kedua untuk bank.” yang dipaparkan di dalam akhbar London, The Times pada 3 Januari 2009.

Malah, penggunaan perkataan yang berakhir dengan -ise dan -our, seperti analize, neighbor, color yang sering digunakan rakyat Amerika, termasuk slang “bloody” menguatkan lagi Nakamoto bukan sahaja tinggal di London tetapi juga seorang British.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat