Blockchain Kini Menjadi Medium Untuk Pengeksportan Minyak

403

Sebuah syarikat ternama China Sinochem Group yang terkehadapan dalam industri tenaga, bahan kimia, pertanian dan hartanah telah berjaya mengirimkan minyak gas dari negara China ke Singapura dengan menggunakan teknologi Blockchain.

Blockchain digunakan untuk mengirimkan minyak gasoline ini merupakan perkara yang pertama dilakukan sebagai bentuk percubaan oleh Sinochem Energy Technology Co. Ltd, anak syarikat daripada syarikat petrokimia terbesar di China, Sinochem Corporation. Sinochem merupakan salah satu syarikat subsidari daripada 300 syarikat lain yang bertanggungjawab akan projek tersebut.

Pengiriman dalam bentuk perdagangan komoditi adalah yang petama kali dilakukan walaubagaimanapun menurut syarikat tersebut, pengiriman berasaskan blockchain pertama kali dilakukan pada Disember 2017 bagi mengimport minyak mentah dari timur tengah.

Sinochem telah membuat perincian di website mereka dengan menjelaskan bagaimana bill of lading dan kontrak pintar digital dapat meningkatkan keberkesanan perlaksanaan transaksi minyak mentah dan menjimatkan 20% hingga 30% dari kos.

Syarikat pecaya bahawa Blockchain dapat membantu meningkatkan ketelusan transaksi perniagaan dalam industri petrokimia China dan sekaligu meningkat pengurusan risiko industri secara keseluruhan.

China telah menjadi salah sebuah pengimport terbesar minyak mentah sejak beberapa bulan lalu. Negara ini juga mengeksport produk yang berasaskan minyak ke negara lain. Justeru kaedah pengurusan kos bagi pengiriman masa hadapan akan memberi manfaat kepada China dalam jangka masa panjang.

Dalam masa yang sama, menyedari kepentingan Blockchain, IBM juga telah menjalankan kerjasama dengan Mersk untuk membina sebuah syarikat yang akan menggunakan blockchain untuk penghantaran produk dan menawarkan khidmat tersebut kepada orang ramai.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat