BNB Chain Dedah Kemas Kini Terbaharu, Harga Berpotensi Bullish?

245

“BNB sejak kebelakangan ini makin menonjolkan diri, adakah harganya boleh naik tinggi pada masa hadapan?”

Memperkenalkan BNB Evolution Proposal (BEP)-336, BNB Chain akhirnya berjaya mengaktifkan hard fork Haber bagi mengoptimumkan penyimpanan dan pemprosesan data pada rangkaian yang menuntut pengurangan 90% dalam yuran blockchain.

Suka dimaklumkan BNB Chain menegaskan bahawa penyelesaian rollup layer-2 yang optimistik opBNB akan melihat yuran rangkaiannya dikurangkan pada kira-kira $0.0001.

Jadi di sini dapat dilihat kemas kini baharu boleh menjadikan urus niaga tidak perlu disahkan secara individu dalam blok tetapi lebih suka disahkan dalam blob dilampirkan iaitu segmen memori sementara yang menangkap data besar.

Biarpun kemas kini kelihatan sama seperti EIP-4844 Ethereum (ETH), BNB Chain berkata BEP-336 disesuaikan untuk BSC di mana blob pada BSC diuruskan oleh para pelanggannya dan terdapat juga pelaksanaan mekanisme penetapan harga.

Memang tidak dinafikan kemas kini baharu itu dijangka dapat menjejaskan BNB Greenfield, tetapi BNB Chain berkata Greenfield akan mempertingkatkan storage decentralized dan pengurusan datanya dengan BlotHub yang merupakan layer data achive.

Hard fork baharu hadir di tengah-tengah harga mata wang kripto Binance Coin (BNB) diasaskan oleh BNB Chain mencecah paras tertinggi sepanjang masa $717.48 sebelum mengalami correction semula pada 18 Jun, tetapi harganya berpotensi naik disebabkan perkembangan positif itu.

Setakat penulisan ini, harga BNB yang kini didagangkan pada paras $586 masih merekodkan penyusutan sebanyak 1.88% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $86 bilion kemudian turun 2.70% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat