BNM Diunjur Kekal Kadar OPR

181

HSBC Global Research mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75% tahun ini.

Bernama melaporkan, sebelum ini, HSBC menjangkakan penurunan OPR pada suku pertama tahun ini.

Dalam satu notanya hari ini, HSBC sebelum ini meminta bank pusat untuk membuat satu lagi pengurangan 25 mata asas yang terakhir ke atas OPR pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari yang berlangsung esok.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi (ASEAN), Joseph Incalcaterra, penurunan kes Covid-19 baru-baru ini, kelonggaran sekatan pergerakan secara berperingkat, permulaan yang lebih awal daripada dijangka ke atas pemacu vaksin, data yang optimis dan ikrar kerajaan untuk ‘sokongan bersasar,” kesemuanya menunjukkan kemungkinan kepada penurunan kadar dasar.

“Bagaimanapun, kami yakin keputusan pada 4 Mac ini akan menjadi keputusan yang sukar dibuat, tambahan pula peluang penurunan yang tidak boleh diabaikan berikutan pertumbuhan ketara pada tahun ini disebabkan langkah sekatan perjalanan.

“Selain itu, sekiranya berlaku keadaan luar jangka dan bererti lebih buruk, BNM kekal menjadi antara bank pusat di rantau ini yang dapat memberikan lebih banyak sokongan dasar monetari yang lebih mudah,” ujar beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat