Bank of Canada (BOC) pada mesyuarat polisi yang berlangsung di sesi New York semalam telah mengumumkan kadar faedah dikekalkan di paras 5.00%.
Dalam kenyataan susulan, BOC mengulangi fokus terhadap tekanan inflasi semasa dan bakal bersedia untuk menaikkan lagi kadar faedah jika diperlukan.
Dolar Kanada tidak menunjukkan reaksi pergerakan yang ketara susulan keputusan kadar itu diumumkan semalam.
Pelabur turut memantau perkembangan pasaran minyak mentah global yang mempengaruhi dolar Kanada susulan laporan berkenaan langkah pengurangan pengeluaran minyak akan diteruskan oleh Arab Saudi dan Rusia.
Laporan data pekerjaan Kanada pada Jumaat akan diberi perhatian untuk menyaksikan arah lebih jelas buat dolar Kanada dalam pasaran.
Pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga bergerak agak mendatar pada Rabu semalam, berlegar di bawah zon 1.36700.
Paras 1.36700 yang dicapai dan dilihat menjadi rintangan buat harga semasa adalah rekod tertinggi terbaru 6 bulan.
Harga yang kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD masih memberi isyarat bullish, namun momentum kenaikan harga yang semakin perlahan buatkan pelabur berwaspada.
Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga dilihat cuba untuk membuat penurunan di bawah paras sokongan MA50, namun reaksi harga masih diperhatikan.
Penurunan jelas harga boleh memberi petunjuk arah pergerakan harga mula berubah dan penurunan lebih rendah boleh dijangkakan.
Zon 1.35000 dilihat sebagai zon tumpuan yang akan dituju untuk pergerakan bearish harga yang dipamerkan selepas ini.
Namun jika harga kembali melantun semula, berkemungkinan paras ketinggian yang dicapai semalam bakal diatasi.
Harga dijangka akan meneruskan pendakiannya dengan sasaran untuk harga mencapai sehingga paras 1.38000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG