BOC Umum Kenaikan Kadar 0.5%, Ini ‘Fakta’ Penting Perlu Diketahui Pasaran!

345

Seperti jangkaan ramai pemain pasaran, Bank of Canada menaikkan kadar faedah penanda arasnya pada hari Rabu sebanyak setengah mata peratusan kepada 1%, kenaikan pertama sebanyak 0.5% dalam tempoh 22 tahun.

Langkah itu dilakukan semasa tempoh kenaikan inflasi yang ketara sehingga memacu kenaikan harga makanan, gas dan juga perumahan. Bank pusat Kanada dalam kenyataaan menyatakan bahawa, “kenaikan harga minyak, gas asli dan komoditi lain medorong lagi lonjakan inflasi di seluruh dunia. Gangguan bekalan akibat perang Rusia-Ukraine juga memburukkan lagi kekangan bekalan yang berterusan dan membebankan aktiviti perdagangan. Faktor-faktor ini adalah pemacu utama mendorong BOC menaikkan unjuran inflasi”.

Bukan itu sahaja, BoC juga mengumumkan ia akan menamatkan pelaburan semula dan memulakan pengetatan kuantitatif, berkuat kuasa 25 April. Kata ketua ekonomi pasaran modal di Bank of Nova Scotia, Derek Holt, pengumuman kadar hari Rabu sebahagian besarnya telah dijangka.

Pada hari Selasa, Holt menyatakan pasaran telah pun menaikkan ramalan terhadap peningkatan setengah mata peratusan. Bank-bank utama iaitu kelompok Big Six juga telah meramalkan kenaikan setengah mata peratusan menjelang pengumuman hari Rabu.

Penganalisis meramalkan bahawa kadar faedah sekurang-kurang akan dinaikkan kepada 2.5% menjelang akhir 2022. Holt melanjutkan bahawa setakat ini beliau tidak menjangkakan sebarang kesan material ke atas bon, ekuiti atau dolar Kanada. Untuk makluman, hasil untuk bon kerajaan Kanada dalam tempoh 10 tahun mencapai 2.69% pada hari Isnin, yang tertinggi dalam hampir lapan tahun.

Hal ini kerana pasaran telah menjangkakan kenaikan kadar pada masa akan datang. Matawang Kanada mengukuh sedikit berbanding US dolar dengan USD/CAD didagangkan mendatar pada 1.2643 susulan laporan dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat