BoE Kekal Dengan Mengekalkan Kadar Faedah, Namun ‘Hint’ Terbaru Mengundang Perhatian!

340

Bank of England mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada hari Khamis, selepas ahli-ahli penggubal dasar mengeluarkan padangan berbeza  mengenai langkah yang tepat untuk dasar, dan Gabenor Andrew Bailey ingin lebih banyak bukti bahawa inflasi akan kembali secara kekal ke sasaran sebelum mengorak langkah.

Enam daripada sembilan ahli Jawatankuasa Dasar Kewangan bersetuju untuk mengekalkan kadar pada tahap tertinggi 15 tahun iaitu 5.25%. Jonathan Haskel dan Catherine Mann memilih untuk menaikkan sebanyak 0.25 peratus, manakala Swati Dhingra memilih untuk menurunkan sejumlah yang sama.

Ini merupakan kali pertama sejak Ogos 2008 pada awal krisis kewangan global dimana para peenggubal dasar memilih untuk menaikkan dan menurunkan kadar faedah pada mesyuarat yang sama.

“Kita perlu melihat lebih banyak bukti bahawa inflasi akan jatuh sepenuhnya ke sasaran 2%, dan kekal, sebelum kita boleh menurunkan kadar faedah,” kata Gabenor BoE Andrew Bailey.

Pakar ekonomi yang ditemubual oleh Reuters telah mengharapkan satu ahli dasar untuk memilih untuk menaikkan kadar, dan yang lain untuk memilih mengekalkan kadar.

Dalam melunakkan bahasa mengenai prospek kadar faedah, BoE mengeluarkan amaran bahawa “pengetatan lebih lanjut” akan diperlukan jika tekanan inflasi yang lebih berkekalan muncul. Sebaliknya, BoE menyatakan ia akan “menyemak semula berapa lama Bank Rate patut dikekalkan pada tahap semasa”.

Pada awal pagi tadi, The Fed menyatakan kadar mereka telah mencapai puncak dan akan turun pada penghujung tahun ini.

BoE mengulangi bahawa dasar perlu kekal  “untuk tempoh yang mencukupi lama” walaupun BoE mengurangkan jangkaan inflasi untuk bulan-bulan mendatang. Walau bagaimanapun, pertumbuhan gaji yang lebih tinggi telah membezakan Britain daripada rakan-rakan sejawatnya dalam mendorong tekanan inflasi dalam jangka panjang, kata BoE.

Inflasi pengguna tahunan  sekarang kemungkinan akan kembali ke 2% pada suku kedua tahun ini, walaupun seketika.Tetapi jangkaan jangka sederhana berdasarkan kadar faedah pasaran yang jauh lebih rendah daripada November  menunjukkan inflasi akan meningkat kembali di atas 2% pada suku ketiga 2024 dan tidak kembali ke sasaran sehingga akhir 2026, setahun lebih lewat daripada yang diramalkan BoE pada November.

BoE tetap pada pandangannya bahawa ekonomi Britain akan kesukaran menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang besar dalam suku berikutnya, walaupun ada peningkatan kecil pada proyeksi pertumbuhan tahunan. Sebagai bantuan kecil untuk menteri kewangan Jeremy Hunt, BoE menganggap bahawa pengurangan cukai yang diumumkan pada November akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Britain sedikit dalam tahun-tahun mendatang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat