BOE Kekal ‘Hawkish’, GBP/USD Lonjak Capai Ketinggian $1.1600 Semula

151

Pound Sterling mengekalkan pengukuhannya sehingga pertengahan minggu setelah mendapat sokongan kenyataan bernada hawkish oleh bank pusat dalam penetapan dasar monetari.

Selepas kenaikan kadar faedah 75 mata asas telah dilaksanakan pada mesyuarat sebelum ini, Ketua Ekonomi Bank of England (BOE) iaitu Huw Pill menyatakan bahawa masih banyak yang perlu bank pusat lakukan dalam pengetatan polisi.

Sementara ini pelabur berwaspada menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi UK di penghujung minggu yang akan mempengaruhi pergerakan Pound, namun data inflasi Amerika Syarikat (AS) terlebih dahulu akan menjadi tumpuan pada Khamis.

US dolar masih bergerak lemah di awal minggu ini ketika pelabur memantau perkembangan pilihan raya Kongres di Amerika dengan jangkaan keputusan akhir akan diperolehi dalam masa beberapa hari selepas pengundian bermula semalam.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD masih menyaksikan corak kenaikan diteruskan untuk 3 hari berturut-turut.

Pada Selasa semalam, harga yang pada mulanya menurun dari sesi Asia menguji paras 1.14500 kemudiannya melonjak di sesi New York sehingga mencapai paras ketinggian pada 1.16000.

Paras tersebut merupakan paras jangkaan setelah harga memulakan dagangan di sekitar tersebut pada pembukaan pasaran minggu lepas.

Harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Averge 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD mendorong jangkaan untuk harga meneruskan pergerakan pada trend bullish.

Jika kenaikan seterusnya berjaya melepasi rintangan pada zon 1.16000-1.16500, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk mencapai ke sekitar 1.18000 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 11 minggu.

Sementara, pelabur akan waspada sekiranya harga mula kembali susut di bawah zon 1.15000-1.14500 yang boleh menjadi petanda awal untuk perubahan trend.

Penurunan lebih rendah yang dilanjutkan dijangka untuk mencecah semula paras sokongan pada 1.13000 yang telah menjadi zon lantunan harga pada awal minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat