BoJ: Kuroda Berjanji Akan Teruskan Dasar Pelonggaran Kuantitatif

34

Hari ini, Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ), Haruhiko Kuroda mengulangi kenyataan beliau bahawa bank pusat akan terus mengekalkan program ransangan ekonomi sehingga inflasi berjaya mencecah lebih daripada sasaran 2 peratus.

Beliau turut berkata kadar peningkatan inflasi akan bergerak lebih laju secara beransur-ansur berikutan output gap dan unjuran inflasi yang semakin kukuh. Output gap bermaksud perbezaan antar pengeluaran sebenar (actual output) dan pengeluran berpotensi (potential output). Pengeluaran berpotensi adalah bilangan maximum barangan dan perkhidmatan paling efisien atau berkapasiti penuh dalam ekonomi.

“Pertumbuhan ekonomi Jepun dijangka akan terus berkembang dengan kadar sederhana di masa hadapan”, ucap Kuroda dalam pertemuan suku tahunan bersama pengurus-pengurus cawangan bank pusat.

Selepas gagal menaikkan inflasi walaupun telah menggandakan pembelian bon sejak tiga tahun lalu, BoJ telah mengubah rangka kerja dasar mereka pada tahun lepas dengan menurunkan kadar faedah jangka masa panjang kepada -0.1 peratus dengan harapan dapan meningkatkan bekalan wang dalam negara.

Yen stabil berbanding dolar US, namun lemah berbanding matawang utama lain dengan USD/JPY susut sedikit 0.03% kepada ¥112.65. Manakala EUR/JPY pula naik 0.21% kepada ¥132.56 dan GBP/JPY naik 0.14% kepada ¥148.28 pada jam 12.35 tengahhari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat