BoJ Umumkan Penilaian Ekonomi yang Lebih Baik Buat 3 Wilayah di Jepun!

22

Bank Pusat Jepun telah menaikkan penilaian ekonomi bagi tiga daripada sembilan wilayah dalam laporan suku tahunan pada Isnin. Unjuran ini dinaikkan berikutan pemulihan ekonomi yang sedang bergerak pada tahap sederhana.

Pemulihan ini mencerminkan peningkatan dalam penggunaan swasta dan permintaan daripada pasaran pesat membangun di Asia. Perkara ini juga bakal membawa prospek yang lebih cerah buat ekonomi ketiga terbesar dunia tersebut.

Gabenor Bank of Japan iaitu Haruhiko Kuroda memberitahu bahawa ekonomi Jepun sedang berkembang pada tahap sederhana dan berpotensi meneruskan trend tersebut pada masa akan datang. Hal ini disampaikan sendiri oleh Kuroda dalam mesyuarat suku tahunan kepada pengurus cawangan bank pusat serantau.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 7 tahun, BoJ mengutarakan penilaian sebegini demi menambah keyakinan bank-bank tempatan terhadap momentum pemulihan negara terbabit.

Bank of Japan turut berkata dalam laporan terbabit bahawa ekonomi yang sedang berkembang di luar negara telah merangsang perbelanjaan di Jepun.

Mesyuarat semakan dasar yang dijadual pada 30 dan 31 Januari juga antara yang bakal menjadi tumpuan dengan pengumuman laporan ini.

Ramai penganalisis menjangkakan bahawa BoJ akan mengekalkan langkah rangsangan pada mesyuarat akan datang pada prospek ekonomi yang lebih cerah.

Pertumbuhan ekonomi semasa Jepun dilihat memberangsangkan namun data eksport dan data pengeluaran kilang baru-baru ini agak membimbangkan.

Dalam pada itu, data jualan runcit yang meningkat menunjukkan bahawa ekonomi sedang berada pada tahap baik, hasil pengetatan pasaran kerja. Kawalan terhadap pasaran ini juga bakal menolak gaji ke tahap yang lebih tinggi.

Tekanan yang dialami oleh Matawang Greenback Memberi Manfaat Buat Emas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat