Tekanan yang dialami oleh Matawang Greenback Memberi Manfaat Buat Emas

54

Harga emas mengukuh dalam sesi ini selepas matawang gergasi kekal berada dalam tekanan. Dalam masa yang sama Pound juga mencatat kejatuhan besar-besaran awal pagi tadi. Pound menyembah bumi setelah “hard Brexit” dikatakan hampir pasti dan bakal diumumkan oleh Theresa May pada Selasa.

Trump juga mencemari sentimen pasaran dengan tweet beliau berkenaan sektor pembuatan BMW di Mexico dan pemotongan senjata nuklear menjelang hari perlantikan beliau, 20 Januari ini.

Emas bagi penghantaran Februari meningkat sebanyak 0.40 peratus kepada $1,200.95 satu troy ounce di Comex. Bagi dagangan logam lain, silver melonjak sebanyak 0.50 manakala copper menjunam sebanyak 1.00 peratus.

Dalam satu laporan berasingan, core machinery orders di Jepun merosot pada kadar terpantas dalam tempoh tujuh bulan iaitu sebanyak 5.1 peratus pada bulan November berbanding bulan sebelumnya.

Pelabur juga dalam masa yang sama bakal menumpukan perhatian terhadap pengumuman dasar oleh Bank Pusat Eropah dan data pertumbuhan China bagi suku keempat yang dijadual bakal dikeluarkan pada Jumaat. Pada Isnin, pasaran kewangan AS ditutup bagi memberi laluan kepada Martin Luther King Day.

Minggu lalu, emas ditutup pada harga yang agak rendah selepas melonjak pada paras tertinggi dalam tempoh 7 minggu berturut-turut.

US Dollar melonjak mendadak awal bulan ini selepas dasar Trump dijangka akan merangsang pertumbuhan dan inflasi.

Matawang Sterling Menjunam Sementara US Dollar Kekal Berada dalam Tekanan!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat