Matawang Sterling Menjunam Sementara US Dollar Kekal Berada dalam Tekanan!

40

Matawang Sterling menjunam ke paras terendah dalam tempoh 3 bulan selepas laporan media mendedahkan bahawa kerajaan British bersedia untuk meneruskan langkah keluar secara rasmi dari Kesatuan Eropah. Laporan ini dalam masa yang sama mencetuskan kebimbangan pelabur mengenai kesan “hard Brexit” terhadap ekonomi.

Kejatuhan sterling ini kekal mendapat tumpuan berbanding US Dollar walaupun pelabur kekal ragu-ragu terhadap dasar ekonomi Trump yang bakal memberi tekanan buat US Dollar menjelang perlantikan beliau secara rasmi Jumaat ini.

Dalam masa yang sama, Pound merosot serendah $1.1983 pagi tadi, tahap terburuk yang pernah dicatat sewaktu flash crash yang berlaku pada bulan Oktober lalu.

Kejatuhan matawang ini disebabkan tindak balas pelabur terhadap laporan The Sunday Times yang melaporkan bahawa Theresa May akan mengumumkan isyarat “hard Brexit” pada minggu ini dan keluar dari Kesatuan Eropah bagi mendapatkan semula kawalan sempadan Britain.

Tindakan tegas May ini dibimbangi akan menjejaskan eksport British sekali gus menggalakkan pelaburan asing untuk keluar dari UK.

Sebelum ini, Perdana Menteri itu ada mengatakan bahawa beliau akan mencetuskan Article 50 dan memulakan proses keluar dari Kesatuan Eropah pada akhir Mac. Setakat ini, pendedahan beliau terhadap butiran rundingan Brexit dikatakan mengecewakan pelabur serta perniagaan di Britain.

Dalam sesi ini, Euro meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding Pound.

Matawang Jepun pula kembali bangkit selepas US Dollar menjunam 0.3 peratus berbanding yen.

 

China digesa Untuk Menghentikan Campur Tangan ke atas Dagangan Yuan 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat