Boleh Ke Biden Tolong Kanada Pujuk China?

421

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberitahu pada hari Isnin bahawa beliau telah bercakap dengan Presiden terpilih Joe Biden mengenai isu pertikaiannya dengan China.

Trudeau telah meminta Biden supaya dapat meyakinkan Beijing untuk membebaskan dua warga Kanada yang telah dikenakan hukuman penjara sebagai tindak balas kepada penangkapan seorang eksekutif tertinggi Huawei.

Pejabat Perdana Menteri mengatakan Trudeau adalah pemimpin antarabangsa pertama yang bercakap dengan Biden sejak media berita AS mengumumkan beliau telah memenangi pilihan raya presiden pada Sabtu baru-baru ini.

Selain itu, kedua-dua pemimpin tersebut juga dilaporkan turut membincangkan mengenai beberapa isu termasuk wabak pandemik coronavirus dan perubahan iklim.

Pada Disember 2018, Beijing telah menahan bekas diplomat Michael Kovrig dan ahli perniahaan Michael Spavor hanya beberapa hari selepas Kanada menahan Meng Wanzhou, seorang eksekutif Huawei dan juga merupakan anak perempuan pengasas syarikat itu.

Amerika Syarikat kini sedang berusaha untuk mengekstradisi Meng atas tuduhan penipuan dan kes ekstradisi di mahkamah Kanada.

Penangkapan tersebut telah merosakkan hubungan antara China dan Kanada. Susulan pertikaian itu, Beijing juga telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua warga Kanada yang lain dan menangguhkan import kanola.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat