Boleh Ke Bitcoin Melantun Semula Selepas Ucapan Berbisa Powell?

1,188

Ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengenai kadar faedah di Jackson Hole dikatakan merupakan berita baik bagi pasaran kripto?

Buktinya, data inflasi yang menggalakkan telah menyebabkan Bitcoin (BTC) dan seluruh pasaran kripto berada dalam keadaan baik, misalnya BTC meningkat sebanyak 4% manakala Ethereum (ETH) meningkat lebih daripada 5%.

Powell bernada hawkish dalam ucapan di Jackson Hole yang mengakibatkan BTC jatuh hampir 6% dalam tempoh 24 jam, kini didagangkan pada harga $19,800 di awal pembukaan awal minggu ini.

Manakala, Ethereum merosot hampir 10% didagangkan di sekitar $1,500 dengan berkemungkinan untuk turun di bawah $1,400.

Selain itu, pasaran bertindak balas melalui dua keadaan berbeza. Misalnya, data PCE didedahkan lebih rendah daripada jangkaan dan data CPI menunjukkan inflasi semakin berkurangan, akan tetapi pasaran berada dalam keadaan baik selepas kedua-dua data didedahkan.

Dijangkakan juga Fed akan beralih daripada dasar pengetatan kuantitatif dan kenaikan kadar faedah.

Akan tetapi, presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari yang dovish termasuklah Jerome Powell telah mengambil sikap agresif dengan mendedahkan bahawa memerangi inflasi adalah objektif utama Fed, malah memberi amaran kepada isi rumah serta perniagaan tentang perkara buruk yang akan berlaku.

Difahamkan juga, pasaran bertindak secara mendadak dan jatuh dengan ketara, bahkan S&P 500 jatuh lebih 3%.

Tambahan pula, influencer mata wang kripto Lark Davis mendedahkan bahawa ucapan Powell selama 10 minit telah berjaya memadamkan satu trilion dolar daripada pasaran saham dan kripto.

Menurut Michael van de Poppe, Ketua Pegawai Eksekutif Eight Global, Fed tidak boleh meneruskan dasar hawkishnya kerana BTC dan ETH boleh melantun semula apabila data inflasi masa depan mendedahkan penurunan kadar inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat