Boleh Ke Data Ekonomi UK Sokong GBP Untuk Kukuh?

135

Ekonomi UK melonjak melebihi jangkaan pasaran pada suku ketiga, disokong oleh pelonggaran langkah-langkah sekatan yang telah membantu meningkatkan output ekonomi dalam tempoh tersebut.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK berkembang 16% dalam tempoh tiga bulan hingga September 2020 daripada penguncupan 18.8% pada suku sebelum ini, dan juga lebih tinggi daripada anggaran awal yang direkodkan pada 15.5%.

Namun, menurut Pejabat Statistik Negara (ONS), ekonomi UK masih 8.6% di bawah tahap pra-pandemik walaupun terdapat kenaikan yang ketara berbanding suku sebelumnya. Pada asas tahunan, ekonomi negara jatuh 8.6% dalam tiga bulan hingga September.

Keluaran dalam sektor perkhidmatan, pengeluaran dan pembinaan, serta penggunaan swasta, kerajaan dan pelaburan perniagaan kekal di bawah tahap pra-pandemik sebelum ini.

Sementara itu, pinjaman awam UK mencapai tahap tertinggi pada bulan November sejak rekod itu bermula pada awal 1990-an, didorong oleh penurunan penerimaan cukai dan perbelanjaan skim pekerjaan yang meningkat.

Susulan penerbitan data KDNK UK pada awal sesi Eropah, matawang pound sedikit meningkat selain turut meraih sokongan daripada Perdana Menteri UK Boris Johnson yang memberi tawaran akhir kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai perjanjian perdagangan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat