Boleh Ke GBP/USD Cecah Sampai $1.2400 Sebelum Minggu Ini Berakhir?

325

Corak bearish harga kekal berterusan pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang dilihat menyambung penurunan ke paras terendah terbaru lagi semalam.

Tiada perubahan pada sentimen pasaran semalam, melihatkan US dolar kekal lagi kukuh dan memberi tekanan terhadap Pound.

Selain disokong oleh data tinjauan PMI perkhidmatan yang meningkat sebelum ini, semalam data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) pula diterbitkan dengan angka yang baik.

Namun, momentum pengukuhan US dolar dilihat sedikit pudar pada dagangan sesi New York semalam.

Harga yang mendatar di paras 1.25000 telah meneruskan penurunan lebih rendah mencecah sekitar 1.24500, namun ada lantunan semula pada sesi New York.

Setelah menutup dagangan di sekitar 1.24700, harga sedikit meningkat menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) menuju paras 1.25000 semula.

Selain menguji paras 1.25000, halangan Moving Average 50 (MA50) juga turut diuji yang akan memberi petunjuk penting untuk pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya halangan-halangan berikut berjaya diatasi, harga berkemungkinan akan bergerak melawan trend dengan memaparkan corak menaik.

Kenaikan bakal menuju semula ke paras 1.26000 sebelum ke paras lebih tinggi pada 1.27000 yang menjadi rintangan harga minggu lalu.

Namun, jika situasi sebaliknya yang berlaku, harga bakal menyambung penurunan semula dan berkemungkinan mampu mengatasi paras terendah semalam.

Paras terendah terbaru dijangkakan untuk mencecah ke paras tumpuan pada 1.24000 dengan mengekalkan trend sepanjang minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat