Carta pasangan mata wang GBP/USD menyambung kenaikan lagi semalam setelah berlaku lonjakan sekitar 140 pips pada Rabu lalu.
Ini didorong oleh pergerakan mata wang US dolar yang semakin melemah dengan risiko ketidaktentuan menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan malam ini.
Beberapa komponen yang diperhatikan sebelum ini termasuk data JOTLS dan ADP yang bercampur-campur membuatkan pelabur berhati-hati menantikan keputusan laporan NFP untuk bulan September.
Impak terhadap kekuatan US dolar akan memacu arah pergerakan harga selanjutnya pada carta GBP/USD.
Selepas berjaya menembusi paras 1.21000, harga telah meneruskan kenaikan menghampiri paras 1.22000 di penghujung sesi New York.
Namun, pergerakan harga mula mendatar di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Masih lagi dengan isyarat pergerakan bullish, harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Jika kenaikan berjaya diteruskan melepasi rintangan 1.2200, paras tumpuan seterusnya untuk dicapai harga adalah pada 1.2300 selepas turut mengatasi ketinggian minggu lalu pada 1.22700.
Namun jika harga membuat penurunan, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal perubahan trend bearish selepas harga melepasi sokongan MA50 dan menuju ke paras 1.21000 semula.
Menyambung penurunan lebih rendah bakal menguji paras sokongan mingguan pada 1.20500 sebelum paras terendah terbaru disasarkan untuk mencecah zon 1.20000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG