Boleh Ke Meroket? Cosmos (ATOM) Lancar Platform DeFi

294

Cosmos, sebuah rangkaian yang tidak berpusat dikuasakan oleh algoritma konsensus BFT (Byzantine Fault-Tolerance).

Sesi dagangan minggu ini, Cosmos menyaksikan satu potensi yang baik menghasilkan 36% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru sekitar $20.43.

Baru-baru ini, Cosmos telah melancarkan projek DeFi pertama dalam rangkaiannya iaitu ‘Gravity Dex’, dengan perlancaran portal Emiris @emirisHQ, platform pertukaran merentasi rangkaian (cross-chain).

Protokol Gravity DEX akan mendemokrasi DeFi dengan secara drastik menurunkan yuran transaksi dan memastikan bahawa perdagangan boleh diakses oleh semua individu.

Malah, Gravity DEX menandakan kemajuan terbesar untuk Cosmos setakat ini dalam merealisasikan visi mereka untuk masa depan kripto.

Melihat kepada carta ATOM/USDT, pergerakan harga ATOM nampaknya masih kekal positif dan berjaya mencatatkan paras tertinggi terbaru dengan lonjakan 15% mengakhiri sesi dagangan semalam.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih kekal dengan rentak kenaikan dan sedang menuju kembali ke zon resistance $20 yang baru sahaja diuji sebelum ini.

Para penganalisis kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan rentak kenaikan, zon resistance $20 bakal diuji terlebih dahulu dan menjadi penentu untuk ATOM membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Sebaliknya jika harga ATOM membuat rentak penurunan, zon RBS (resistance become support) $17 perlu diuji terlebih dahulu sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.

Ketika penulisan, ATOM didagangkan pada harga sekitar $19 dengan jumlah dagangan lebih $755 juta dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada dikedudukan ke-36 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto ATOM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat