Boleh Ke Pelabur Jangka USD Kukuh Selepas Laporan NFP AS Yang Bercampur?

367

Menjadi tumpuan pada pasaran minggu lalu adalah pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Mac. Namun reaksi pasaran agak mengecewakan dengan pergerakan harga yang pasif walaupun USD sedikit meningkat menutup dagangan minggu tersebut.

Bacaan data yang diterbitkan agak bercampur dengan pertambahan pekerjaan adalah lebih rendah berbanding jangkaan penurunan. Namun, kadar pengangguran turun lebih rendah berbanding ramalan dan purata pendapatan tepati ramalan untuk meningkat.

Situasi ini berkemungkinan boleh memberi kesan terhadap keputusan Federal Reserve (Fed) dalam meneruskan langkah pengetatan dasar ekoran perkembangan pasaran buruh yang dilihat masih suram.

Meleset berbanding jangkaan, walaupun terdapat peningkatan namun pergerakan bagi mata wang US dolar suram mengharungi sesi New York pada Jumaat lalu dan tumpuan akan beralih kepada laporan minit mesyuarat FOMC pula pada minggu ini.

Pada mesyuarat lalu, Fed telah meningkatkan kadar faedah pertamanya sejak pandemik dan telah memberikan isyarat untuk meneruskan kenaikan kadar untuk setiap baki mesyuarat tahun ini.

Malah, kenaikan kadar dijangka akan diteruskan sehingga memasuki tahun 2023.

Sementara itu, perkembangan konflik Rusia-Ukraine akan terus dipantau lagi pada minggu ini yang dilihat terus memberi kesan terhadap pergerakan pasaran komoditi khususnya, yang turut menghadkan pergerakan mata wang dolar Aussie dan Kiwi.

Perkembangan di Eropah, Menteri Pertahanan Jerman menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU) perlu berbincang berkenaan isu sekatan gas Rusia, di mana akan mencetuskan lonjakan harga yang tinggi.

Data yang diterbitkan minggu lalu juga menunjukkan kadar inflasi di Eropah mencapai lonjakan di paras tinggi, yang akan menambahkan tekanan terhadap penetapan dasar oleh bank pusat Eropah (ECB).

Sementara itu, harga minyak mentah dilaporkan susut 13% pada minggu lalu, penurunan mingguan terbesar dalam tempoh 2 tahun selepas Presiden AS Joe Biden mengumumkan pengeluaran terbesar bagi simpanan minyak AS.

Komoditi emas juga turut susut pada penutupan dagangan sesi terakhir minggu lalu yang dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP AS. Emas susut ke paras sekitar $1,920 per auns selepas mencapai paras tertinggi minggu lalu pada $1,950.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat