Mampukah lonjakan harga diteruskan pada carta pasangan mata wang EUR/JPY menuju penghujung minggu ini?
Pada Selasa semalam, harga memecut laju naik ke atas di sesi Asia ketika pasaran telah memberi reaksi terhadap mesyuarat polisi monetari bank pusat Jepun.
Kadar faedah seperti dijangka dikekalkan di paras -0.10% sebelum ucapan susulan oleh gabenor Kazuo Ueda dilihat mengisyaratkan untuk dasar yang longgar masih diteruskan lagi.
Justeru, harga dilihat meneruskan lonjakan bersambung pada dagangan di sesi Eropah semalam.
Namun di sesi New York pula, harga kembali berundur turun selepas kenaikan sebelumnya itu menghampiri paras 158.600.
Euro menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Rabu) dengan suram walaupun dilihat mendapat kelebihan ketika mata wang US dolar sedang melemah semula sejak semalam.
Pergerakan harga pada carta EUR/JPY dilihat masih dalam trend menaik yang bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, cuma sedikit berundur di sesi Asia hari ini.
Kenaikan harga masih dijangkakan untuk berlaku dan diteruskan mengatasi ketinggian dicapai semalam.
Harga seterusnya akan mensasarkan kenaikan mencapai paras tumpuan di sekitar 1600.00 sambil mengekalkan pergerakan trend bullish itu.
Namun tidak mustahil untuk terjunan harga berlaku menyaksikan harga berlegar semula di bawah 157.00.
Seterusnya, penurunan lebih rendah akan menjangkakan paras sokongan pada 154.00 untuk dituju harga semula setelah diuji beberapa kali pada minggu-minggu sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG