Bolehkan GBP/JPY Teruskan Penurunan Semula?

730

Dagangan Pound Sterling di sesi Eropah pada Jumaat memaparkan sedikit pengukuhan walaupun tiada faktor yang jelas untuk menyokong pengukuhan berterusan matawang Britain itu.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY menunjukkan kenaikan selepas corak penurunan harga sejak Selasa lalu dari paras ketinggian 142.700. Namun, pelabur mungkin melihat situasi tersebut hanyalah pembetulan harga.

Sementara dagangan Yen juga pada minggu ini tidak menentu berikutan sentimen pasaran yang masih bercampur-campur gagal memberi arah yang jelas bagi dagangan safe-haven.

Harga pada carta GBP/JPY selama membuat penurunan sehingga ke paras 14.500 sebelum pergerakan harga mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Namun, di sesi Eropah harga mula menunjukkan kenaikan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Dengan jangkaan untuk Pound terus berisiko dalam pasaran, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan menuju sehingga ke paras 140.200 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Namun, jika harga meneruskan kenaikan melepasi halangan dinamik MA50, jangkaan perubahan trend bullish harga bakal melihatkan harga menguji semula paras resistance 142.700.

Kenaikan yang berjaya melepasi paras ketinggian tersebut bakal merekodkan paras ketinggian terbaru 7 bulan, iaitu tertinggi sejak dagangan Februari lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat