Bon Malaysia Tarik Minat Pelabur Asing, Ini Perkembangan Baik!

340

Pelabur asing dilaporkan sangat berminat untuk membeli bon negara ini dan dijangka trend berkenaan akan kekal sehingga akhir tahun.

Pegangan bon asing meningkat sebanyak RM11.6 bilion pada bulan lalu berbanding RM1.5 bilion pada Mei. Jumlah pegangan itu sekali gus menjadikan aliran masuk nilai asing tertinggi dicatatkan sejak Mei 2014.

Menurut penganalisis dan pakar ekonomi, trend itu terjadi kerana peningkatan kecairan global, faedah global yang rendah dan penambahan dasar monetari-fiskal daripada pasaran ekonomi maju.

Bagaimanapun, pakar ekonomi memberi amaran gelombang kedua pandemik Covid-19 akan mengganggu pertumbuhan ekonomi global sekiranya kerajaan melaksanakan perintah berkurung.

Menurut Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias, langkah perintah berkurung itu akan menjurus kepada sentimen risk-off dalam pasaran kewangan global, sekali gus mengakibatkan pelabur asing untuk beralih kepada aset ‘safe-haven’.

Ujarnya lagi, beliau tidak menjangkakan sebarang peningkatan yang ketara dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) untuk baki tahun ini.

Bagaimanapun, dasar fiskal dan monetari yang dilaksanakan di Malaysia akan terus memberi galakan kepada syarikat tempatan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat