Boris Johnson – Ada Pilihan Yang Lebih Baik Jika Perjanjian Brexit Tidak Dapat Dicapai!

567

Dalam salah satu kenyataan Perdana Menteri UK, Boris Johnson menyatakan bahawa Brexit tanpa sebarang ikatan perjanjian berkemungkinan akan menjadi salah satu pilihan yang sangat baik kerana perbincangan rundingan yang baru-baru ini berakhir dengan jurang pandangan yang sangat besar antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Michel Barnier ynag merupakan ketua perunding EU mengeluh dan menyatakan bahawa perunding UK kurang menghormati kerana rundingan perdagangan telah dihentikan sehari lebih awal daripada yang dirancang.

Rundingan pertama yang diadakan secara bersemuka sejak tercetusnya wabak coronavirus ditamatkan lebih awal sehari, di mana ia sepatutnya berakhir pada Jumaat. Kedua-dua pihak dikatakan tidak dapat mencapai kesepakatan berikutan perselisihan pendapat yang ‘serius’.

Menurut Barnier, matlamat EU adalah untuk mendapatkan rundingan dengan jayanya dan berusaha untuk mencapai kesepakatan, tetapi selepas empat hari perbincangan dijalankan perbezaan pendapat yang besar masih wujud.

Sementara itu, ketua perunding UK David Frost pula memberitahu bahawa rundingan yang dijalankan adalah komprehensif dan bermanfaat. Namun, mereka juga menekankan mengenai perbezaan besar yang masih wujud antara kedua-dua pihak terhadap beberapa isu penting.

Tarikh akhir tempoh peralihan Brexit akan berakhir pada 31 Disember dan para menteri UK telah menolak gagasan untuk memperpanjangkan masa peralihan walaupun di himpit dengan isu wabak Covid-19. Hal ini kerana, pihak UK berpendapat bahawa pengunduran UK dari EU seperti yang dirancang akan menawarkan lebih banyak kestabilan kepada perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat