BP Plastics Tampil Gah Dengan Lonjakan Di Awal Minggu

117

Harga saham BP Plastics Holding Bhd diniagakan dengan lonjakan 10% pada sesi dagangan di Bursa Malaysia setelah mengisytiharkan jumlah dividen tiga sen sesaham pada Jumaat lalu serta mencatat keuntungan pada suku kedua.

Dengan mempamerkan kenaikan sebanyak 15.79% atau 30 sen kepada RM2.20, saham BP Plastics tersenarai di antara kaunter paling untung hari ini.

Pada 10.43 pagi, kaunter itu kekal meningkat sekitar 9.47% atau 18 sen kepada RM2.08 dengan menyaksikan 3.88 juta saham diperdagangkan.

Setakat ini, saham BP Plastics telah mencatatkan kenaikan melebihi 50% daripada paras RM1.38 yang dicapai pada 25 Mei 2021.

Kumpulan itu telah mengumumkan keuntungan bersih bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 meningkat 74.39% kepada RM14.77 juta daripada RM8.47 pada tahun lalu.

Mengikut penilaian, faktor peningkatan itu disokong oleh kadar penjualan yang lebih tinggi serta gabungan produk yang lebih baik.

Pendapatan suku tahunan kumpulan itu juga melonjak sebanyak 35.69% kepada RM108.95 juta berbanding RM80.29 juta dek kerana permintaan produk yang lebih kukuh.

Penganalisis Kenanga Research, Lim Khai Xhiang mengatakan bahawa keuntungan bersih separuh teras pertama kumpulan itu menjangkau dari jangkaannya apabila ia meningkat sebanyak RM24.6 juta.

Lim tetap yakin bahawa pertumbuhan berterusan kumpulan itu dipacu oleh permintaan yang kukuh serta pengembangan kapasiti walaupun hanya mempunyai had tenaga kerja 60%.

“Susulan pelaksanaan ekonomi yang dibuka semula, kami yakin bahawa kumpulan itu akan terus menghasilkan pendapatan yang lebih kukuh,” katanya.

Dalam pada itu, Lim menyatakan bahawa kumpulan itu juga menawarkan hasil dividen yang menarik sebanyak 5.3% yang mana rata-rata industri hanya 3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat