Brave Browser Kini Menyokong Solana (SOL) Dalam Kemaskini Terbaharu

142

Pelayar internet Brave Browser telah melancarkan kemaskini versi 1.39 dan ia didatangi dengan sokongan blockchain Solana, termasuk koin SOL dan token-token Solana Program Library (SPL).

Melalui kemaskini terbaharu, Brave Wallet boleh digunakan untuk tujuan pembelian, penjualan, dan penyimpanan SOL serta token SPL menerusi platform pembayaran, Ramp.

Kehadiran Ramp sebenarnya memudahkan pelabur kripto untuk berdagang aset digital ini tanpa perlu mengakses platform pertukaran seperti Coinbase dan Binance.

Pada masa yang sama, pengguna Brave juga berpeluang untuk mendapat Basic Attention Token (BAT) dengan pilihan melihat iklan ketika meneroka laman sesawang.

BAT boleh di-‘balut’ (wrapped) dan digunakan sebagai token SPL jika dipindahkan menerusi penghubung Wormhole memandangkan ia memiliki keserasian dengan Ethereum dan Ethereum Virtual Machine (EVM).

Ini juga bermakna dalam masa terdekat pemegang BAT berpeluang untuk berjual beli non-fungible token (NFT) menggunakan token tersebut di platform Magic Eden yang dibangunkan di Solana.

Kerjasama ini secara tidak langsung membuktikan Solana masih memiliki permintaan terutama mereka yang mahukan transaksi pantas pada harga rendah.

Reaksi SOL & BAT

Ketika penulisan, seunit SOL mencatatkan nilai $49.36, susut 0.02% dalam 24 jam dan hampir 13% sejak minggu lalu.

Koin yang pernah menjadi saingan Ethereum ini perlukan lonjakan sekurang-kurangnya 81% untuk menebus kembali nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $260 pada 6 November.

Manakala BAT mencatatkan peningkatan harga hampir 1%, didagangkan pada $0.39 dan susut lebih 4% sejak minggu lalu.

BAT telah susut hampir 80% dari rekod ATH, $1.92 pada 28 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat