Brent-Oil Capai Paras Tertinggi $50 Setong

54

Harga minyak mentah dunia bergerak mendatar dalam si Asia selepas mencapai paras tertinggi. Pengeluar-pengeluar OPEC dan non-OPEC akan bermesyuarat di Rusia pada Isnin.

Brent-oil mencapai paras harga signifikan di $50 setong pukul 8 malam sesi Khamis sebelum jatuh dan ketika ini berada di sekitar $49.70 setakat pukul 4.35 pm.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) naik 0.43% setakat ini dan didagang di sekitar $47.12 setong.

Harga minyak melonjak pada Khamis selepas laporan data inventori US yang merekod pengurangan lebih daripada jangkaan pada minggu berakhir 14 Julai.

Kenaikan harga minyak sehingga paras tertinggi bulan lalu juga didorong oleh jangkaan bahawa pengeluar akan memotong bekalan dalam mesyuarat pada Isnin. Mesyuarat akan melibatkan negara pengeluar terbesar, antaranya Arab Saudi dan Rusia. Laporan juga menunjukkan Libya akan mengikuti mesyuarat tersebut selepas negara ini mencapai pengeluaran tertinggi berikutan dikecualikan dari perjanjian pemotongan OPEC.

Harga minyak mentah dilihat tertekan sejak beberapa minggu lalu berikutan peningkatan pengeluaran dari US yang mengimbangi pemotongan bekalan yang dijalankan oleh OPEC dan non-OPEC.

OPEC membuat perjanjian pertama pemotongan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017 sehingga enam bulan dan ia dilanjutkan sekali lagi kepada sembilan bulan sehingga Mac 2018 dalam usaha membawa harga pasaran ke tahap optimum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat