Brexit Kekal Menjadi Faktor Penggerak Matawang GBP Sehingga Tahun Depan

91

Data ekonomi UK minggu lalu tidak banyak memberi impak kepada matawang GBP di mana pelabur dan bank pusat (Bank of England) fokus kepada perkembangan terbaru rundingan Brexit dan hasil perhimpunan ketua-ketua Kesatuan Eropah (EU).

Data jualan runcit minggu lalu memberangsangkan dan pertumbuhan gaji juga positif melebihi jangkaan. Namun, BoE menegaskan proses Brexit kekal menjadi faktor utama ketidaktentuan kepada ekonomi.

Bank pusat mengulangi sekali lagi bahawa mereka akan menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur dan terhad pada masa akan datang.

Apa yang menjadi fokus utama pasaran UK minggu lalu adalah hasil perhimpunan ketua-ketua EU. Sentimen di UK semakin baik apabila perjanjian fasa pertama telah dicapai dan akan beralih kepada fasa kedua, tetapi rundingan tersebut dijangka hanya akan bermula pada Mac 2018.

UK merancang untuk meninggalkan EU pada Mac 2019 di mana perunding kedua-dua pihak hanya mempunyai masa kurang daripada setahun untuk mencapai perjanjian perdagangan dan tempoh peralihan.

Hal ini sedikit membimbangkan pasaran yang mahu rundingan ini dimulakan secepat mungkin. UK dilihat mempunyai cukup masa untuk membuat persediaan rundingan jika ia bermula lebih awal.

Beberapa data penting merekodkan bacaan positif minggu lalu tetapi gagal memberi impak besar kepada GBP dengan perhatian pasaran kekal kepada rundingan Brexit. Komen atau retorik perunding-perunding Brexit terutamanya daripada pihak EU akan memberi impak lebih signifikan kepada matawang GBP dari masa ke semasa.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat