Brexit Positif? Matawang GBP/EUR Dijangka Naik 600 Pip – Penganalisis

1,390

Pound Sterling (GBP) dijangka tidak banyak membuat kenaikan jika Bank of England (BOE) menaikkan kadar faedah pada Khamis, demikian kata penganalisis di Danske Bank. Beliau mengatakan matawang GBP akan terus berada dalam ketidaktentuan disebabkan risiko Brexit.

Walaubagaimanapun, perjanjian Brexit yang memberikan kepastian kepada syarikat-syarikat yang beroperasi di Britain dan juga potensi proses Brexit yang berjalan dengan baik – dijangka akan memberi kesan kenaikan kepada GBP sebanyak 7% (600 pip) berbanding matawang Euro sepanjang tahun ini.

“GBP adalah matawang paling lemah dalam kalangan matawang negara G-10 sepanjang bulan lepas disebabkan ketakpastian Brexit yang mengurangkan potensi kenaikan kadar BOE.

Bank of England dijangka akan menaikkan kadar faedahnya kepada 0.75% pada Khamis ini (2 Ogos) walaupun harga pengguna (CPI) baru-baru ini merosot daripada jangkaan.

Inflasi (CPI) UK kekal pada 2.40% kurang daripada jangkaan pasaran 2.60%. Core-CPI yang tidak mengambil kira perubahan harga makanan dan tenaga pula merosot daripada 2.10% kepada 1.9%.

Penganalisis menjangka BOE menunjukkan keyakinan terhadap inflasi di masa hadapan, namun berkemungkinan Carney juga bimbang dengan ekonomi yang bergerak terlalu panas. Seperti mana bank pusat yang lain, BOE percaya dengan “Philips Curve” di mana inflasi akan terus meningkat jika pasaran buruh semakin ketat.

Penganalisis berpendapat, walaupun BOE menaikkan kadar faedahnya, akan ada satu atau dua ahli BOE yang mengundi menentang kenaikan tersebut sama ada Ramsden atau Cunliffe. Carney juga dijangka akan memberikan komen yang berhati-hati dalam sidang media berikutan ketidakpastian Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat