BRICS Bangunkan Mata Wang Bersandarkan Emas! Apa Kesan Ke Atas BTC?

2,086

“Fikir baik-baik, mungkin terkesan secara positif dan bukannya negatif.”

Perikatan ekonomi BRICS yang bakal mengadakan sidang kemuncak penting pada Ogos 2023 telah mengumumkan mata wang baharu BRICS bersandarkan emas, tetapi persoalannya sekarang adakah ia dapat menjejaskan Bitcoin (BTC)?

Memang tidak dinafikan mata wang BRICS akan menyebabkan dolar Amerika Syarikat (AS) terkesan, bagaimanapun perbincangan berhubung isu itu telah lama dibincangkan dalam menekankan tumpuan pada penyepaduan mata wang negara dan peningkatan penggunaan.

Menurut Leslie Maasdorp, Naib Presiden (VP) New Development Bank berkata mereka masih perlu bergantung pada penggunaan mata wang tempatan tetapi dalam masa sama mengukuhkan keupayaan melindungi ekonomi daripada penurunan nilai mata wang.

Meskipun begitu, Rusia beri jaminan bahawa BRICS akan membangunkan mata wang disokong emas, di mana ia dapat meneruskan usaha de-dollarization yang digubal oleh bank tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Namun perlu diingatkan perbincangan berkenaan mata wang bersandarkan emas BRICS akan beri impak terhadap BTC walaupun harganya dalam beberapa bulan lalu menyaksikan pengukuhan selepas jatuh drastik pada tahun lepas.

Antara sebab harga BTC berjaya naik adalah susulan daripada firma pengurusan aset seperti BlackRock dan Fidelity yang sedaya upaya memfailkan rangka kerja untuk Spot BTC ETF.

Difahamkan, nilai dolar AS akan terus berkurang manakala BTC pula berpotensi melambung tinggi apabila perbincangan berterusan mengenai mata wang BRICS tersebut semakin rancak dibicarakan oleh masyarakat.

Sudah sedia maklum BTC tidak mempunyai kaitan dengan BRICS ataupun dolar AS, tetapi jika SEC luluskan Spot BTC ETF dan BRICS meneruskan pembangunan mata wang mereka maka harganya mampu buat peningkatan secara besar-besaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat