Britain Masuk Campur Isu Hong Kong, China Beri Amaran!

1,103

China telah bertindak mengemukakan amaran kepada Britain pada hari ini apabila negara tersebut didakwa campur tangan dalam isu penguatkuasaan undang-undang keselamatan nasional Hong Kong. Menurut China, tindakan yang dilakukan oleh negara tersebut bakal memakan diri.

Selain itu, United Kingdom telah pun diberi peringatan agar tidak terpengaruh dengan mentaliti perang dingin dan sikap penjajah.

Berdasarkan sebuah kenyataan daripada Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian, negara kuasa besar itu menasihatkan agar Britain mengundur diri serta menerima hakikat bahawa Hong Kong adalah sebahagian daripada negara China.

Oleh itu, mereka mesti menghentikan tindakan menganggu hal ehwal Hong Kong serta tidak campur tangan dalam urusan dalaman China.

Untuk pengetahuan semua, amaran tersebut dikemukakan berikutan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab. Berdasarkan kenyataan itu, beliau menyatakan bahawa China masih mempunyai masa bagi mempertimbangkan tindakan mereka terhadap wilayah Hong Kong. Malah Parlimen British telah pun mengadakan perbincangan bersama ‘Five Eyes’ untuk mengalu-alukan kedatangan rakyat Hong Kong jika Beijing merancang untuk mengadakan penghijarahan secara besar-besaran.

Bukan itu sahaja! Perdana Menteri Britain, Boris Johnson turut mendedahkan bahawa beliau akan menawarkan jutaan visa kepada rakyat Hong Kong serta akan memberikan status kewarganegaraan kepada rakyat Hong Kong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat