Britain Paksa Gergasi Teknologi Untuk Lebih Tegas Tangani Scammer

136

‘Kalau lah Malaysia pun lebih tegas tangani isu scammer, mesti tak keluar video-video viral penjual produk yang buat hal semata-mata untuk dapat publisiti percuma.’

Kerajaan Britain memaksa Google, Facebook, Twitter dan platform dalam talian (online) lain untuk lebih tegas menyekat iklan penipuan berbayar selepas berlaku peningkatan aduan oleh pengawal selia dan sekumpulan pengguna.

Kerajaan Britain telah mengeluarkan draf undang-undang untuk mencegah kemudaratan online termasuk keperluan bagi gergasi teknologi meningkatkan tahap perlindungan platform mereka.

Ia dibuat bagi mengelak penjenayah dari menyamar sebagai selebriti atau syarikat untuk mencuri data peribadi, menjaja pelaburan kewangan yang tidak selamat atau menceroboh akaun bank.

Menurut kenyataan oleh pihak kerajaan Britain, pengawal selia komunikasi, Ofcom ditugaskan untuk menyemak sama ada platform-platfrom tersebut telah menyediakan sistem untuk mencegah dan mengalih keluar iklan palsu.

Selain itu, mereka juga boleh menyekat perkhidmatan atau mengeluarkan denda sehingga 18 juta pound atau US$24 juta atau 10% daripada perolehan tahunan platfrom-platform tersebut.

Hujar, Setiausaha Kebudayaan Britain, Nadine Dorries, perubahan pada rang undang-undang Online Safety tersebut akan membantu menghalang penipuan daripada menipu orang ramai menggunakan iklan online palsu.

Sebagai makluman, data menunjukkan bahawa penipuan online dari iklan Google, Facebook, Twitter dan media sosial lain meningkat dengan ketara semasa musim Covid-19 melanda.

Laporan UK Finance menyatakan sebanyak 754 juta pound telah dicuri dalam tempoh 6 bulan pertama 2021 melibatkan penipuan perbankan, peningkatan 1/3 berbanding tahun 2020.

Ekoran itu, sebagai respon kepada tekanan daripada Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan (FCA), beberapa perkhidmatan online telah mengehadkan iklan bagi produk kewangan kepada syarikat yang dikawal selia oleh FCA.

Kerajaan juga berkata ia akan melancarkan perundingan awam mengenai peraturan pengetatan bagi industri pengiklanan online, sama ada untuk mengukuhkan pendekatan kawal selia kendiri semasa atau mewujudkan badan pemerhati baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat