Broadcom Beri Isyarat Pelancaran iPhone Terbaru Lebih Lewat?

204

Broadcom Inc, syarikat pengeluar cip bagi beberapa syarikat besar elektronik meramalkan pendapatan suku tahunan semasa syarikat itu menyusut lebih rendah berbanding unjuran penganalisis, dikatakan berpunca daripada oleh kelewatan pelanggannya yang memiliki penggunaan telefon bimbit yang meluas di Amerika Utara, dipercayai adalah syarikat Apple Inc.

Syarikat itu meramalkan pendapatan fiskal suku ketiga sekitar $5.75 bilion, kurang atau lebih $150 milion, sementara menurut data IBES dari Refinitiv penganalisis cuma menganggarkan $5.79 bilion.

Ketua Eksekutif Hock Tan menerusi panggilan konferens menjelaskan pihak mereka sentiasa melihat peningkatan dua digit secara berturut menerusi pendapatan dari rangkaian generasi seterusnya oleh pelanggan mereka yang mempunyai saiz pasaran yang besar. Namun, pada tahun ini mereka tidak menjangkakan untuk melihat peningkatan pendapatan sehingga fiskal suku keempat.

Walaupun Tan tidak menyebut syarikat mana yang memberi kesan tersebut, namun Broadcom telah menerima keuntungan seperlima dari keuntungan mereka daripada Apple bagi fiskal tahunan baru-baru ini dan pada Januari pihak mereka juga telah bersetuju untuk membekal komponen tanpa wayar kepada Apple, bernilai $15 bilion.

Penganalisis menjangkakan Apple akan mengemukakan rangkaian model iPhone 5G bagi tahun ini. Tetapi pada Mac lalu, Nikkei Asian Review melaporkan bahawa Apple sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pelancaran susulan daripada gangguan penghasilan produk dan kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada coronavirus.

Broadcom melaporkan peningkatan pendapatan suku tahunan luar jangkaan, disokong oleh permintaan tinggi bagi cip yang digunakan di pusat data, yang melonjak tinggi susulan daripada masyarakat yang memilih untuk bekerja dari rumah dalam menangani krisis coronavirus.

Keuntungan bagi Broadcom meningkat 4% kepada $5.74 bilion pada suku kedua berakhir pada 3 Mei, mengatasi jangkaan penganalisis iaitu $5.69 bilion.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat