BTC Bakal Ke Paras $0, Tidak Bernilai! – Peter Schiff

1,565

“Ada orang sokong BTC tapi ada yang tak, jadi pelabur jangan lah amik serious sangat.”

Seorang pengguna Twitter menyindir kenyataan terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Euro Pacific Capital Inc bernama Peter Schiff pada tahun 2017 yang berkata bahawa mata wang kripto Bitcoin (BTC) akan menjadi tidak bernilai.

Diperjelaskan lebih terperinci, individu tersebut mengatakan beliau sungguh gembira telah melabur dalam BTC sebagai tindak balas Schiff yang pernah menyebut aset digital itu bakal menuju ke $0.

Rentetan itu, Schiff membalas kenyataan individu berikut dengan menyatakan bahawa BTC memang akan berada pada harga $0 tetapi ia adalah dalam jangka masa panjang.

Sudah sedia maklum Schiff yang merupakan pengkritik kuat BTC sejak dahulu lagi secara berterusan menjangkakan aset digital itu akan gagal pada masa hadapan, namun sejak kebelakangan ini ia mampu kekalkan prestasi walaupun pasaran merosot.

Pun begitu, Schiff tetap teguh dengan pendiriannya yang negatif terhadap BTC walaupun aset digital tersebut menyaksikan momentum positif.

Umum mengetahui bahawa BTC junam 50% pada $19,791 selepas Schiff menasihati para pelabur untuk mencairkan aset digital itu semasa kebanyakan bank baru-baru ini mengalami keruntuhan, antaranya adalah Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank.

Namun, harga BTC meningkat semula hampir 50% mencecah paras melebihi $28,000 pada 22 Mac sungguhpun Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC) Amerika Syarikat (AS) berhasrat mengambil tindakan agresif terhadap syarikat kripto.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.89% pada paras $27,031 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran bernilai $522 bilion sementara mencatatkan penurunan 1.73% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat