BTC Bakal Meroket $100K Menjelang 2024! – Standard Chartered Bank

1,072

“Pelabur pula rasa harga BTC akan sampai mana menjelang tahun ini?”

Sungguhpun pasaran aset digital pada masa ini menyaksikan penurunan, Standard Chartered Bank baru-baru ini meramalkan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal melepasi paras $100,000 menjelang akhir tahun 2024.

Antara beberapa faktor yang boleh mendorong harga BTC mencecah $100,000 adalah krisis sektor perbankan susulan sejak kebelakangan ini penggunaan aset digital tersebut semakin meningkat, ulas Standard Chartered Bank lagi.

Menurut penganalisis Geoff Kendrick, BTC yang dikategorikan sebagai safe-haven dan penyimpan nilai telah berjaya lonjak melebihi $30,000 pada minggu lepas setelah sekian lama berlegar-legar di bawah paras itu.

Tambahnya lagi, Federal Reserve (Fed) yang mungkin mengurangkan kenaikan kadar faedah semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya akan menjadi salah satu sebab BTC berpotensi tembus $100,000.

Rentetan itu, Standard Chartered Bank menjangkakan modal pasaran untuk BTC akan meningkat semula pada julat 50% hingga 60%, di mana kini ia susut pada 40% selepas Silicon Valley Bank (SVB) mengalami kejatuhan pada pertengahan Mac.

Harga aset digital tersebut turut berpotensi melonjak lebih tinggi menjelang akhir tahun ini apabila berlakunya halving BTC, iaitu ganjaran untuk proses mining blok baharu dikurangkan separuh setiap empat tahun.

Pun begitu, harga pada tempoh ini masih tergelincir sebanyak 1.22% pada paras $27,505 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $532 bilion dan mencatatkan kerugian sekitar 6.12% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat