BTC Bakal Meroket Ke Paras $22K? Penganalisis Percaya Ini 3 Sebab Mengapa Ia Boleh Terjadi!

814

Harga Bitcoin (BTC) melonjak hampir 5% dan melepasi paras $20k hari ini selepas bergelut untuk melepasi paras psikologi selama berminggu-minggu.Pakar meramalkan harga BTC boleh meningkat melebihi paras $22,400. Beberapa faktor penting yang sedang memainkan peranan dalam mempengaruhi kenaikan Bitcoin ialah pengumpulan kelompok whale, jumlah dagangan yang rendah dalam pasaran tradisional, kejatuhan bekalan BTC di bursa, dan kejatuhan dalam indeks dolar AS.

Harga Bitcoin (BTC) telah melonjak hampir 5% dalam tempoh 24 jam yang lalu, berjaya melonjakkan harga melebihi paras $20k. Faktor utama yang mendorong pergerakan harga BTC dalam beberapa minggu lepas ialah indeks US AS meningkat tinggi 20 tahun pada 114.78. Walau bagaimanapun, indeks US dolar hari ini jatuh di paras 111 telah memacu pemulihan sedikit dalam pasaran kripto , serta pasaran saham.

Bitcoin mempunyai korelasi dengan pasaran ekuiti A.S.. Selain itu, tindakan harga BTC dan jumlah dagangan pasaran saham menunjukkan hubungan langsung. Stock Market Volume Depth bagi pasaran saham US adalah indikasi yang di perhatikan menentukan senario kenaikan harga dan penurunan harga untuk Bitcoin.

Setiap kali indikasi itu mencapai di bawah 0, harga BTC pulih daripada tahap rendah. Dengan volum pasaran TradFi mencapai tahap rendah sekali lagi, harga BTC mungkin melantun ke julat $21,500-$24,500.

Disisi yang lain, platform analitik dalam rantaian Santiment melaporkan kejatuhan berterusan dalam bekalan Bitcoin di bursa. Bekalan Bitcoin di bursa kini telah jatuh ke paras terendah empat tahun, dengan hanya 9% daripada BTC di bursa buat kali pertama sejak 2018. Ia menunjukkan keyakinan pedagang terhadap kenaikan harga BTC.

Tambahan pula, data Whale Alert menunjukkan peningkatan dalam pengumpulan Bitcoin (BTC) sejak awal bulan. Malah, lebih 30,000 BTC telah dipindahkan daripada pertukaran kripto ke wallet geng whale dalam tempoh 3 hari lepas.

Menurut penganalisis Michael van de Poppe, harga Bitcoin akan terus bergerak ke arah $22,400, jika ia memegang sokongan penting iaitu pada $19,600. Selain itu, $19,300 adalah kawasan yang sesuai untuk membeli BTC pada jangka masa panjang.

Penganalisis popular PlanB percaya pelombong Bitcoin telah pun memberi isyarat kenaikan apabila kadar hash melonjak semula selepas beberapa minggu.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat