BTC Bermandikan Darah Lagi, Harga Dijangka Ke $60K?

359

“Alaaa chill la sebelum ni pun BTC tiba-tiba buat pergerakan mengejut, macam tak biasakan.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) meneruskan penerjunan sehingga $62,965 setelah penunjuk dijejaki firma analisis Santiment menunjukkan sentimen orang ramai terhadap BTC kini berada dalam bacaan negatif melampau minggu keempat.

Menerusi pemerhatian, harga BTC sudah terjejas dalam beberapa minggu lalu di tengah-tengah jualan $1 bilion daripada para pemegang besar ditambah pula terdapat kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS) dan pasaran indeks teknologi kukuh yang berjaya menarik sejumlah besar wang daripada pelabur.

Aktiviti aliran keluar daripada spot BTC ETF tersenarai di AS yang mencapai tahap paling teruk sejak akhir April 2024 turut menjadi punca kejatuhan harga BTC tercetus, di mana produk itu telah mengalami aliran keluar $900 juta setakat minggu ini.

Memang tidak dinafikan tinjauan jangka panjang kekal menaik, tetapi sesetengah trader menjangkakan harga BTC akan mencecah $60,000 dalam masa terdekat ini susulah daripada kekurangan pemangkin pertumbuhan.

Namun, traders kini sedang bersedia memerhatikan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) AS pada Khamis minggu ini dan data inflasi PCE pada Jumaat yang boleh mencetuskan pergerakan volatilemalah harga BTC mampu turun di bawah $60,000 atau $57,000.

Penganalisis pasaran kripto sungguh percaya correction BTC mungkin berterusan sehingga penghujung musim panas 2024, jadi kenaikan harga besar-besaran selanjutnya dijangka bermula sekitar September 2024 di tengah-tengah terdapatnya juga aktiviti utama seperti pilihan raya AS.

Perlu diketahui sebahagian besar tekanan jualan disaksikan altcoin pula telah datang daripada dana modal teroka yang merealisasikan keuntungan melalui pelaburan awalnya dalam projek dilancarkan sejak beberapa bulan lalu.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 20.29% pada paras $63,126 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 4.96% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat