“Penat dah lama sangat pelabur tunggu bila harga BTC nak naik.”
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MicroStrategy, Michael Saylor sungguh percaya tindakan agresif yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) terhadap pasaran kripto mampu mendorong harga Bitcoin (BTC) menggunung tinggi.
Susulan rakyat AS meramalkan bursa kripto akan menyahsenarai altcoin selepas kebanyakannya mungkin dianggap sebagai sekuriti, Saylor berkata bahawa penguasaan BTC ke atas aset digital lain bakal melonjak sebanyak 80%.
Semasa berada dalam temu bual baru-baru ini, beliau turut menjangkakan para pelabur akan semakin berminat untuk melabur dalam BTC sekiranya pengawal selia meneruskan tindakan kerasnya terhadap pasaran kripto.
Hal ini kerana, SEC yang mentakrifkan kebanyakan aset digital adalah sekuriti akan menyebabkan BTC dan kripto lain sebagai satu-satunya berstatus komoditi seterusnya boleh menjadi lebih menarik kepada pelabur.
Selain melabelkan BTC adalah lebih baik daripada emas pada Jun tahun lalu, Saylor yang sangat optimis dan sentiasa berkongsi pandangannya telah meramalkan harga BTC akan melepasi $250,000 kemudian mendaki sepuluh kali ganda lagi jika SEC tetap bertindak sedemikian.
Sebagai rekod, penguasaan BTC terhadap coin alternatif telah meningkat secara beransur-ansur dalam beberapa bulan lalu, di mana aset digital tersebut mencapai 47.6% iaitu angka kali terakhir dilihat pada musim bunga 2021.
Bagaimanapun, harga BTC pada masa ini masih mencatatkan penurunan sebanyak 3.57% pada paras $25,083 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $486 bilion seterusnya tergelincir 5.10% sepanjang minggu lepas.