BTC Bullish $25K Lepas Credit Suisse Dibantu $50 Bilion!

291

“Kalau diperhatikan BTC macam nak sambung pergerakan bullish dah.”

Ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya kekalkan kedudukannya di atas $25,000 apabila Bank Negara Switzerland (SNB) bersetuju meminjamkan $50 bilion kepada Credit Suisse sementara terdapat jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mungkin berubah lebih dovish dalam penetapan dasar monetari.

Menerusi keputusan peramal, kenaikan kadar faedah 25 mata asas mempunyai peluang 80.5% manakala 50 mata asas pula 68% dan peluang 45% untuk tidak menaikkan sebarang kadar faedah.

Walaupun BTC bukanlah aset digital dapat melindungi nilai inflasi, ia pastinya mampu lindungi nilai terhadap monetari yang tidak stabil, ulas syarikat perdagangan kripto berpangkalan di Singapura QCP Capital.

Sehingga kini, harga BTC lonjak sebanyak 4.80% pada paras $25,585 dalam tempoh 24 jam lalu diikuti dengan Ethereum (ETH) raih 2.27% pada $1,687 dan Binance Coin (BNB) pula canak 8.15% mencecah $329.

Dalam pada itu, pasaran ekuiti AS turut melihat peningkatan apabila pengawal selia berhasrat selamatkan pendeposit di Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank, di mana Wall Street raih 1.2% manakala Nasdaq dan Dow Jones masing-masing lonjak 1.8% serta 0.7%.

Selain itu, Bank Pusat Eropah (ECB) dilaporkan meneruskan pengetatan monetarinya sendiri di tengah-tengah peningkatan inflasi di benua tersebut apabila laksanakan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada Khamis.

Seterusnya tindakan terlalu dovish oleh Fed akan menimbulkan ketakutan dalam pasaran susulan mereka mungkin mengetahui sesuatu yang lebih dalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat