BTC Diramal Serbu $30,000, Altcoin Bakal Memanjat Naik!

343

“Boleh ni, BTC sikit lagi nak tembus $30K cuma tak tahu cepat ke lambat je.”

Beberapa penganalisis meramalkan altcoin berpotensi melonjak sekiranya Bitcoin (BTC) mendaki lebih tinggi ditambah pula pasaran mata wang kripto sejak kebelakangan ini menyaksikan pergerakan menaik walaupun pasaran tradisional dan sektor perbankan mengalami masalah.

Menurut penganalisis kripto Michael van de Poppe, BTC yang berjaya mencatatkan kenaikan 70% dalam tempoh 90 hari lalu telah menjadi sebab beliau percaya aset digital itu bakal tembus $30,000 dalam masa terdekat ini.

Tambahnya lagi, BTC kelihatan tidak sabar melepasi paras $30,000 sambil membayangkan altcoin bakal mencanak drastik jika aset digital tersebut dapat mencecah harga yang disebutkan Poppe itu susulan pelabur akan lebih yakin untuk membeli dan menambah pelaburan aset kripto mereka.

Poppe turut berkata bahawa para pelabur haruslah sentiasa memerhatikan paras harga $27,900 berikutan ia adalah zon penting untuk BTC.

Setakat penulisan ini, harga BTC menjunam sebanyak 1.84% pada paras $27,941 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $540 bilion dan mencatatkan penurunan sekitar 1.11% sepanjang minggu lepas.

Sementara Ethereum (ETH) tergelincir 0.95% pada zon $27,941 dalam tempoh 24 jam terakhir, namun masih raih sebanyak 6.18% dalam sepanjang tujuh hari lepas dan merekodkan keuntungan 52% dalam masa 90 hari lalu.

Dalam pada itu, memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) melonjak sebanyak 21.54% dalam tempoh tujuh hari lalu tetapi susut sedikit hampir 4.32% pada $0.0913 dalam masa 24 jam lalu dengan volum dagangan $1 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat